guys, if you are here, view and smile. Any question, do email me izatieayisha.work@gmail.com ~ Thank You people ;)


Wednesday, July 13

Metro 4

Zatie pun xsure WHY ada manusia yang sanggup belasah isteri sendiri. Padahal dia yang berjanji time kawin akan mnjaga isteri dgngan sbaik yang mungki tapi bila dah kawin buat onar. Cam babi je manusia. manusia yang macam tu kita bole anggap dia cam sampah k.







Suami gila ‘sugar mummy’


JOHOR BAHRU: Gara-gara hubungan intim dengan ‘sugar mummy’ terbongkar, seorang suami di Skudai di sini, sanggup menumbuk muka isteri serta membelasahnya biarpun wanita itu masih dalam pantang, semalam.
Mangsa hanya dikenali sebagai Ita, 29, berkata, kejadian berlaku pada jam 5 pagi selepas dia menegur suaminya, seorang penganggur kerana lewat pulang ke rumah semata-mata mahu menemani seorang wanita yang juga bekas majikan lelaki terbabit.
Menurut Ita, rahsia itu terbongkar selepas seorang rakan karib suami yang simpati dengannya mendedahkan kegiatan lelaki terbabit melayan isteri seorang ahli perniagaan berusia 40-an.

“Saya terkilan dengan sikap suami yang bukan saja pulang awal pagi malah bebas membawa rakan lelakinya ke rumah.


“Berikutan itu saya menegur dan menasihatkannya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, suami terus melenting sebelum menumbuk muka menyebabkan kening kanan saya berdarah, suami juga menolak dan membelasah saya di depan rakannya,” katanya.

1 comment: