guys, if you are here, do follow me. i really appreciate ~ Thank You people ;)

Thursday, June 12

AGAIN, Pindah lagi.

Assalamualaikum.






Tatau la kali ni ayat sedih akan keluar atau gembira sebab tak lama lagi kami akan berpisah. Bak kata aishah lepas ni boleh je jumpa tapi tak sama la, masak and makan sesama tu dah jarang so ?

Aku pun terasa nak duduk dengan family je lepas ni tapi fikir nak teruskan lagi dengan nouvella so aku stay je dekat kl. Duduk mana aku masih lagi tercari-cari rumah baru tu. Tapi arif dah mula cari rumah sana sini.

Sementara ingat nak ulang alik je, maksudnya datang kl bila diperlukan sahaja eh boleh ke. Habis studio, hm terfikir sejenak. Okey kena stay juga dekat kl. Studio nouvella creative, tak lami membina lah. InshaAllah ada rezeki kami, nak teruskan niat sebelum ni iaitu memberi kepada yang memerlukan, kerumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua. Itu niat aku sebenarnya, tapi zul iaitu sahabat yang baik sudi menyokong aku. Teringat dekat mummy, ya ahh mummy suka tolong orang-orang susah.

Untuk kak aishah and kak pika, nanti teruskan bergiat dekat donut and jangan terlalu hantar gambar yg mmbuatkan saya jeles haha . Jaga diri memasing, sakit masuk hospital boleh panggil zatie lagi okey. Sayang korang selamanya, inshaAllah :)

No comments:

Post a Comment